Sunday, 24 January 2016

Perspektif tenaga biomass di Malaysia

Adakah Malaysia mengalami krisis tenaga sepertimana negara yang sedang membangun di seluruh dunia?

Cuba kita fikir, populasi penduduk Malaysia sentiasa bertambah dan ekonomi kita semakin berkembang

Kita tahu bahan api fosil merupakan sumber tanaga yang tidak lestari dan akan habis disamping ia memberi kesan kepada alam sekitar.

Jadi Malaysia perlu sumber tenaga alternatif untuk menampung keperluan tenaga ini. Malaysia mempunyai pelbagai sumber tenaga dan salah satu sumber tenaga keempat terbesar di Malaysia ialah biomass.

Malaysia dikurniakan dengan iklim tropika dan lembap sepanjang tahun, jadi kelebihan ini dapat digunakan untuk menjalankan aktiviti pertanian sepanjang tahun. Aktiviti pertanian ini akan menghasilkan bahan buangan sisa biomass. Hutan tropika juga boleh menjadi salah satu sumber biomass.

Malaysia boleh menggunakan konsep waste-to-wealth yang bermaksud menukarkan bahan buangan kepada tenaga yang bernilai tinggi. Jadi sisa dapat dikurangkan dan dapat meningkatkan kecekapan-ekonomi. Tenaga dari sisa ini boleh digunakan untuk tujuan memasak, pemanasan, dan penjanaan kuasa.

Kini banyak program dibangunkan di Malaysia untuk menyokong industri tenagan menggunakan biomass. Persoalannya sejauh manakah kita merebut peluang ini?

No comments:

Post a Comment